Wednesday, September 23, 2020

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru..


saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita cuma 7 hari dan tak datang dalam beberapa hari lepas itu datang semula darah. adakah itu darah haid atau istihadah yg membolehkan wanita itu solat. selalunya wanita kalau ada darah dia terus tak solat bagi yg kurang pengegetahuan agama. harap tuk2 guru dapat uraikan dgn detail bab2 haid2 nie kerna susah utk dapatkan informasi


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Panggilan Tn Guru tu terlalu tinggi buat kami di Ahkam. Kami hanyalah facilitator fiqih anda sahaja sedangkan Tn Guru boleh berfatwa, kami hanya menyampaikan fatwa yg sudah tersedia.

Mengenai masalah haidh, pertanyaan begini sering kami jelaskan dan insyaAllah ada dalam archive Ahkam.

Kaum perempuan mengeluarkan tiga jenis darah :

Haidh, nifas dan/atau istihadzah.

Haidh adalah darah berjadual, selalunya dalam lingkungan 7-10 hari sebulan. Jika haidh tidak teratur, bermakna haidh itu baru bermula (wanita mencapai usia baligh (puberty) atau hormone perempuan itu belum stabil. Kaum hawa mengenali darah ini melalui warnanya (kehitaman) dan bau yg hanyir dan tengit serta ia agak pekat.
Istihadzah ialah darah penyakit (rahim, pangkal rahim atau faraj yg berpenyakit (infeksi), warnanya ialah merah kekuningan dan ia keluar secara berterusan.

Manakala nifas ialah darah yg ada hubungan dengan kelahiran saja. (Dr Umar Asyghar, al Haidh wa alNifas wal Haml bayna al Fiqh wa Tibb (Haidh, Nifas dan Kehamilan : antara Fiqh dan Kedoktoran)

Maka dari definasi dan klasifikasi ini, jika darah itu memenuhi sifat-sifat haidh, walaupun ia keluar semula selepas 7 hari, maka ia haidh. Jika darah ini konsisten keluar, maka adalah darah istihadzah. Allahu a'alam 

Wiladah dan Nifas

Assalamualaikum Tuan Panel.


Tempoh hari lalu, ahli panel sudah menjelaskan mengenai mandi wiladah dan nifas. Yang memusykilkan saya ialah fatwa dari Kerajaan Brunei yang mengatakan seseorang yang baru melahirkan anak WAJIB MANDI WILADAH DAN NIFAS SERENTAK... untuk kepastian saya turunkan petikan fatwa tersebut.. mungkin saya tersilap faham.......

"Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam."

Sumber- http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ip_menu1.htm

Wassalam

Jawab:

Memang mengelirukan. Saya juga memiliki kitab Fatwa itu Irsyad Hukum 2000, dua jilid. Begitu juga koleksi untuk tahun2 berikutnya. Kalau kita bandingkan dengan Fatwa Indonesia (juga madzhab Syafi'iy) dalam kitab Taudhihul Adillah Jld 3 ms 115. Kiyai Hj Syafi'iy Hadzami, menjelaskan dengan terang dan nyata perbedzaan wiladah dan nifas. Menurut fatwa Indonesia: wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin. Tidak ada wanita yg mandi wiladah dan mandi kerana nifas serentak!

Kalau kita buka kitab tarjih, misalnya kitab Ibn Qudamah (alMughny, 1/210) menjelaskan tidak ada mandi wiladah ini. Tidak ada nas pun yg menyebutnya. Prof Atiyah Khamis, Fiqh al mar'ah, menjelaskan mandi nifas itu jika ada darah saja, jika tidak ada darah hilanglah illat (sebab) mandi.

Ini dinamakan variasi dalam pendapat fiqih dan kita bebas berpegang padanya. Kita dapati fatwa Brunei tidak ada dalil yg mendokong keujudan dan definasi wiladah, sedangkan syara' hanya mengenali nifas sahaja. Pendapat Brunei yg menyatakan wanita bersalin kena mandi dua kali (wiladah dan nifas) dan ia diperintah syara' adalah suatu pendapat yg ganjil. Allahu a'alam 

Menanam Uri

Assalamualaikum,


Saya sekarang bekerja di luar negara, dan isteri saya insya ALlah akan melahirkan anak dalam masa beberapa bulan terdekat. Terbaca dlm buku di antara hak ibubapa bilamana anak itu lahir adalah mengazan, menamakan, aqiqah dan antara lain adalah menanam uri/placenta bayi. Bolehkah Ustaz beri dalil plus pandangan madzhab lain (esp Hanafi sebab berada di UK) tentang menanam uri dan bentuk aqiqah. Apakah kita boleh lepaskan tanggungjawab menanam uri pada non muslim dan apakah cara terbaik untuk berdepan bilamana terdapat halangan utk berbuat demikian.
Jazakallah


Jawab:

Mabruk atas rezki yg bakal anda terima tidak lama lagi. Mengenai amalan2 biasa sempena kelahiran itu memang sudah maklum dalam masyarakat kita: azan, tahnik (memberi makanan manis contohnya kurma), tasmiah (memberi nama), akikah/nasikah dan khitan. Adapun amalan sekitar uri itu tidak ada perbahasan langsung dalam kitab2 sunnah. Saya mengagaknya ialah adalah adat Melayu sahaja yg tiada sandaran dari asSunnah. Mengenai azan walaupun hadis2nya dha'ef, Imam Ibn Qayyim (Tuhfatul Wadud) dan Imam alBaihaqee (Sya'bul Iman) berpendapat boleh azan dan iqamat kerana hadis2 dha'ef itu bila dikumpulkan menjadi kuat dari pelbagai jalur riwayat. Akikah pula adalah sunat hukumnya menurut jumhur dan binatang yg paling sunnah ialah kambing dan dilakukan pada hari ke7 jika tidak ada kesulitan. (Prof Ulwan, Tarbiyatul Awlad, Jld 1) WaLlahu a'alam 

Istihadah dan Ketumbuhan

Assalamu'alaikum kepada semua warga Al-Ahkam.


Di sini saya ingin mengemukakan sedikit soalan:

1. Berkenaan dengan istihadah, telah dinyatakan bahawa perempuan yang beristihadah masih wajib menunaikan solat. Namun wuduknya terhad pada 1 solat fardhu dan beberapa solat sunat. Berapa banyak solat sunat yang boleh dilakukan?

Contohnya: Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelang jadi, adakah dibolehkan bagi perempuan yg beristihadah solat isyak dan kemudian solat tarawih selesai hingga ke witirnya? (11 @ 23 rakaat)

2. Bagaimana pula kedudukan orang yang mempunyai penyakit seperti ketumbuhan di luar alat sulit yang selalu mengeluarkan darah & nanah. Adakah hukum bagi wuduk dan solatnya sama seperti perempuan yang beristihadah?

3. Adakah dibolehkan kedua2nya (perempuan beristihadah & org berpenyakit seperti di atas) bersolat jemaah di masjid?

Harap dapat penjelasan terperinci dari pihak Al-Ahkam.

Sekian. Wassalam. 


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jwb:

1. Jumlah solat ini tidak dapat ditentukan secara putus melainkan bergantung kepada sejauh mana seriusnya darah istihadzah itu menurut lazimnya. Tuan punya diri itulah yg lebih mengetahui bagaimana 'flow'/aliran darah yg keluar. Fiqh Syafi'iy menetapkan wanita istihadzah hendaklah membersihkan kemaluannya dan menyumbatnya dgn kapas atau zaman sekarang boleh pakai pad atau panty-liner dan hendaklah berhenti solat bila dirasakan kapas/pad/liner itu basah.

Jadi dalam bulan Ramadhan pun begitu, jika selepas solat isya', masih OK, maka boleh diteruskan hingga yakin darah telah keluar semula.
Note: penyakit ini hendaklah dirawat segera dan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana mengganggu kesihatan dan ibadah.

2. Tidak sama. Jika darah yg keluar itu sedikit, dima'afkan
dalil: dari alBukhari,"kaum Muslimin solat sedangkan darah masih menitis dari luka2 mereka." Fathul Bari 1/211 hadis mu'allaq; alHafidz dalam alFath meriwayatkan Umar ra solat dengan lukanya masih berdarah (Fiqh Sunah)

3. Boleh, yg dilarang ialah orang junub sahaja. Namun hendaklah dipastikan diambil langkah berjaga2 supaya tidak mengotorkan carpet mesjid.
(Dr Umar asyqar, haidh wal nifas wal haml baina Fiqh wa Tibb) 

 

Ibadah Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Haid

Soalan:


Ibadah yang tidak dibolehkan ketika haid:




<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

1. apa itu haidh:
Firman Allah SWT: "Mereka bertanyakan kepadamu tentang haidh. katakanlah haidh itu suatu kotoran (aza).." AQ 2: 222

Menurut ilmu medis, haidh ialah darah drpd himpunan perubahan pusingan telur dan mukosa pada rahim (endometrin)

Warnanya kehitaman atau merah menyala, bau yg hanyir.

waktu: dalam lingkungan umur gadis itu 9 tahun

lama tempoh haidh: 7-10 hari setiap bulan dan ia datang secara tetap, maka dinamakan period (turun darah yg berjadual atau berkala), maksima : 15 hari. (Sayyid sabiq,Fiqh Sunnah; Dr Umar Asyqar, haidh wan Nifas)

Apa yg tidak boleh dilakukan:

1. solat (dalil yg mutawatir)

2. tawaf (dalil yg mutawatir)

3. menyentuh musyhaf dan membawanya (Jumhur)
* syarah: Ibn Abbas, Daud Zahiri, alMuhaddith alAlbani membolehkan kerana nas yg melarang tidak sahih.

4. membaca alQur'an (jumhur)
*syarah: semua ahli hadis membolehkan (alMuhadith alAlbani)

5. menetap di mesjid (jumhur)
* syarah: dibantah oleh ahli hadis dan mereka membolehkan (alMuhadith alAlbani, Tamamul Minnah dan fatawa Medinah)

6. Puasa (dalilnya sahih) Fiqh Sunnah

7. Jima' (hubungan seks). Fiqh Sunnah WA 

Menyentuh Mushaf Quran Tanpa Wuduk

Salam


Diajukan kembali soalan ini kepada Ustaz2 Al-Ahkam yg budiman, berkaitan menyentuh Al-Quran tanpa wuduk ini sebenarnya ustaz THTL telah memberikan jawapan iaitu boleh berdasarkan Ahli hadis tersohor abad ini, Syaykh Nasiruddin Albani (Tamamul Minnah) dan Juga dalam Fatawa Medinah alMunawarrah, Bab 6 no 1; tetapi baru2 ini dlm salah satu jawapan soal jawab agama/artikel, Ustaz Pendekar ada menyebut jumhur Ulama berpendapat menyentuh Al-Quran hendaklah dgn wuduk; pendapat manakah yang paling tepat berdasarkan Fekhul Mukaram? Adakah kedua2 pendapat tersebut boleh dipakai? Secara peribadi saya lebih selesa utk memakai pendapat yg diutarakan oleh Ustaz THTL. (kadang2 susah juga nak jaga wuduk, tengah duk baca Quran tiba...alahhh...tak leh tahan pulak, angin nak keluar.. :grin:) Wallahualam.

T.kasih

Wassalam


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Baik sekali soalan ini, kalau tak gena gaya boleh duel2 pula thtl dgn Ust Pendekar. Yang sebenarnya: Ikhtilaf (berbeda pendapat di kalangan ahli ilmu itu adalah lumrah)

Pendapat Ustaz Pendekar itu merupakan pendapat popular:

1. Membaca alQur'an

a. yang paling afdhal ialah membaca alQur'an dgn berwudhu'. Tapi ijma' fuqaha' boleh membaca alQur'an tanpa wudhu'. Ijma' ini disahkan oleh Imam Nawawi (Syarah Muslim:4/38; alMajmu': 2/76)

b. Boleh membaca alQur'an kecuali orang berhadath, haidh, janabah, berada di janban (toilet) dan permandian (shower room)( Imam Ibn Hazm, Maratib alIjma'-no 32)

2. Menyentuh Musyhaf:

a. Haram orang berhadath menyentuh dan mebawa musyhaf . Ini fatwa sayyidina Ali dan tidak ada sahabat yg membantahnya (Nawawi, Majmu': 1/504)

b. Haram orang janabah (hadats besar) menyentuh dan membawa musyhaf (Syawkani, Nailool Awthor yg menyebutnya ia seperti Ijma' kecuali Madzhab Zahiri)

Rumusan: Inilah yg dimaksudkan oleh Syekh Pendekar tentang jumhur itu. Apakah boleh muqallid mengikuti pendapat ini? Sudah tentu boleh kerana berpegang dgn ijma atau jumhur atau mana-mana mujtahid adalah selamat.

Thtl pula membawa metod tahqeeq dan tarjeeh. yakni apakah disebalik pendapat majoriti itu masih ada ada ruang utk diselidiki dan dibedah siasat berpandukan manhaj Ahli Hadis? Yang mula2 menyatakan dalil2 jumhur atau ijma' ini lemah ialah Imam alBukhari sendiri yg merupakan Imam Hadis yg paling unggul. Selepas itu Imam Abu Daud, Imam Tabrani, Imam Ibn Hazm, Syawkani, Imam Ibn Taymiyah dan akhir sekali alMuhaddith Albani telah menganalisa satu persatu akan dalil 2 hadis jumhur dan mendapati ia hadis2 yg cacat dan bermasalah. Syeikh Albani berpendapat musyhaf yg berbentuk buku yg bercetak dan standard Uthmani ini belum ada di zaman RasuluLlah saw, maka bagaimana hadis2 menyentuh musyhaf itu ujud?

Jadi muslim yg muttabi' boleh keluar dari daerah Taklid dgn selamat setelah meneliti penjelasan Imam2 Hadis ini. Itulah kedudukannya. Muqallid (irang yg bertaklid dan tidak mampu meneliti dan memahami sumber dalil dan kaedah tarjeeh dan taqreen ini juga selamat berpegang dgn ijma' dan jumhur, yang ada kemampuan dan memahami teknik muqarran ini, juga selamat kerana berpegang dgn ahli Tahqeeq yg berwibawa dan muktabar. WA 

Wanita Haid Boleh Duduk Dalam Masjid

  Assalamualaikum,


Tuan2 Guru yg dihormati sekelian.

a) Saya dan isteri Inshaaalah akan menunaikan fardu haji thn 2004. Dlm SJ-456, pendapat jumhur tidak membenarkan wanita menetap di masjid kecuali Imam Syawkani dan Mazhab Abu Daud Zahiri. Sekarang ini kursus haji yg dianjurkan dan semua pengajian ilmu agama dibuat di dlm masjid. Oleh itu bolehkah tuan guru sekelian

1. mendetailkan 2 pendapat tersebut atau

2. memberikan sumber rujukan pendapat tersebut supaya dpt. Isteri saya manfaatkanya kerana dia tidak mahu miss kursus dan pengajian di masjid sebagai persediaan ilmu.

b) Jika wanita sedang haid ketika berada di Tanah Suci Mekah bolehkah dia masuk dlm MasjidilHaram hanya utk berdoa shj. (tidak melakukan perkara yg dilarang ketika hadas besar)

Jika hukumnya haram/tidak boleh, harap dapat disyorkan amalan2 yg baik dibuat untuk wanita yg uzur haid ketika berada di sana. Sekian, saya dahului dgn ucapan terima kasih.

Wassalam


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Tahniah atas rezki dan peluang yg dianugrah Allah ke atas anda berdua.

a. Inilah adalah pendapat terbaru yg mengenepikan pendapat Jumhur. Adalah dgn ini orang berjunub (termasuk haidh) boleh menetap di mesjid berdasarkan analisa2 yg muktamad. Kita teliti nas-nas yg menjadi sandaran Jumhur.

a. HR Abu Daud dari Aisyah ra dan versi yg sama dikeluarkan Ibn Majah dan atTabrani
(matannya:" sesungguhnya mesjid itu tidak halal buat orang junub maupun haidh.")
Komentar alBaihaqee: hadis ini lemah. Ibn Hazm alAndalusi: hadis ini batil dan kajian alMuhaddith Albani (Dha'eef Sunan Abu Daud # 32) berkata," kedua-dua hadis ini (Aisyah ra dan Ummu Salamah ra) berasal dari Jasyrah bte Dajajah dan ia tidak boleh dijadikan dalil kerana kelemahan perawinya (Jasyrah).

hadis ketiga riwayat Ibn Jarir (tafsir Ibn Jarir pada ayat anNisa': 43) dari Yazeed bin Abu Hubaib (seorang tabi'en), ayat ini menjadi dalil haramnya orang haidh menetap di mesjid kecuali utk melewatinya sahaja. AlMuhaddith Albani menolak hadis ini kerana ia hadis mursal (berasal dari Tabi'in)

Apakah hukum yg muktamad:
Boleh wanita haidh masuk dan menetap di mesjid

Cara thabit hukum:

a) Dalil penafian; yakni tidak ada dalil sahih yg melarangnya

b) Dalil penetapan: HR alBukhari dari Jabir ra," Bahawa Aisyah ra Haji pada Haji Wida' (bersama Nabi saw), ketika rombongan Haji berkhemah di Sarif, baginda dapati Aisyah sedang menangis, maka Nabi bersabda," kenapa denganmu? Apakah engkau Haidh?, itu adalah sesuatu yg telah Allah tentukan ke atas perempuan keturunan Adam. Maka lakukan amalan Haji kecuali tawaf dan solat." [Albani, Tamamul Minnah dan Fatawa al Madinah alMunawarrah]

b. Merujuk pada hadis alBukhari di atas, maka lakukan apa saja kecuali Solat dan Tawaf. WA 

Tempoh Nifas Orang Beranak

Berapakah tempoh nifas bagi orang yang beranak ?


Semasa dalam tempoh nifas, seseorang wanita itu terhenti nifasnya dalam beberapa hari, kemudian darah nifas itu datang kembali, setelah beberapapa hari berhenti semula beberapa hari dan kemudian datang semula beberapa hari. Apakah yang perlu dibuat dan adakah masa berhenti sekejap darah nifas itu kita diwajibkan mandi wajib dan sembahyang ?




<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab

Madzhab Syafi'iy antara madzhab yang paling teliti dalam membuat penyelidikan mengenai tempoh nifas.

Madzhab Syafi'iy menggunakan metod istiqro' (kajiselidik) dalam menentukan tempoh nifas.

Dalam keadaan luar biasa, ada wanita yang melahirkan anak tanpa nifas. Tempoh minima (nifas) bagi kes seperti ini ialah satu detik. Tempoh normal nifas ialah 40 hari, manakala tempoh abnormal ialah 60 hari.

Rujukan: Mughni alMuhtaj, Hasyiah alBajuri, alMuhadzab dan alMajmu' (kesemua kitab-kitab induk Syafi'iyah)

Manakala Syaikh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) berpendapat tiada tempoh minima dan maxima, jika sudah yakin kering, maka mandi dan solatlah seperti biasa.

sekian
thtl for al_ahkam online 

Mandi Lepas Bersalin

 Salam


maaf sbb saya hantar PM... sebenarnya saya tak tahu b/mana nak buat posting soalan kat forum alahkam ni.

soalan saya.
setahu saya mandi wiladah dilakukan selepas habis nifas (maksudnya selepas darah nifas kering)..

baru2 ini saya terima satu email yg mengatakan, orang yg bersalin wajib mandi selepas melahirkan anak... maksudnya lepas selesai bersalin perlu mandi wajib, kemudian selepas darah nifas kering perlu mandi wajib sekali lagi.

soalan saya, adakah wanita yg melahirkan anak perlu mandi wajib ababila selesai bersalin, dan mandi lagi sekali apabila darah nifas kering atau mandi wajib sekali sahaja( iaitu selepas darah nifas kering)..

Wassalam

drpd jentayue

_________________
Tiada dalil mengenai mandi wiladah.

Hadith riwayat al-jamaah kecuali an-nasa'ie meriwayatkan bahawa perempuan hendaklah melakukan ghusl dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin samada anak itu hidup atau mati

Imam At-tirmizi menyebut, “di kalangan para sahabat dan generai tabiin dan generasi tabi’ tabiin sepakat mengatakan bahawa wanita selepas melahirkan anak hendaklah ia tidak bersolat selama 40 hari kecuali darahnya berhenti. Sekiranya darahnya berhenti mengalir sebelum tempoh itu (40 hari), hendaklah ia melakukan ghusl (mandi) dan melakukan solat.”

Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas.

Mandi wiladah merupakan term kpd mereka yg keguguran/bersalin melalui melalui pembedahan/anak mati. Ia masih dlm lingkungan mandi nifas.

Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2 kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000).

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah?

WA

_________________
Wassalam

Tarjeehan:
Mandi Wiladah = Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu pendapat yg masyhur dalam Syafi'iyah, antaranya dalam Kitab-kitab popular mereka yg berikut: Fathul Mu'ien, Kifayatul Akhyar dan alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian. Tapi spt kata Ust Zayed, mandi yg asah di sisi Jumhur ialah mandi Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas (bila kering nifas, barulah mandi)

Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana darah Nifas.

Pilihan kami: Illat mandi bagi wanita bersalin ialah adanya darah nifas. WA 




Darah Dari Tembuni Koyak Semasa Hamil

 Assalamualaikum,


Saya terbaca satu soalan dalam sebuah buku soal jawab agama tentang masalah darah yang keluar daripada kemaluan wanita yang sedang hamil. Soalan dan jawapannya adalah seperti berikut:

Soalan:
Pada kebiasaannya perempuan yang mengandung tidak turun darah, tetapi turun juga darah dan mengikut pemeriksaan doktor, darah itu bukan dari rahimnya, tetapi dari tembuni yang terkoyak sedikit atau bocor, apakah jenis darah yang keluar itu?

Jawapan:
Menurut pendapat As-Syafi'eyah bahawa darah itu adalah darah haid menurut syarat dan kaedah haid.

Soalan saya:
Apakah pandangan ahli panel al-ahkam tentang jawapan di atas? Adakah pandangan doktor tidak perlu diambil kira untuk menyelesaikan masalah ini?

wassalam

_________________
Salam

Hmmm….nilaa akibat bergantung hanya kepada kitab2 fiqh lama. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan kepada kami utk menyemak kembali jawapan tersebut. Faktor ini juga punca kejumudan dalam ilmu Islam. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub berkata di antara kegelinciran mereka yg berfatwa adalah:

1) tidak dapat memahami realiti hidup sebenar
2) bersikap jumud pada fatwa2 lama tanpa mengambil kira perubahan kondisi dan keadaan semasa.

Pada masa tiadanya kemahiran perubatan, mungkin boleh kita katakan haid berdasarkan konsep mengelakkan diri dari perkara yg syubhat. Tapi kini dgn adanya kemahiran tersebut, dan melaluinya dapatlah kita mengetahui punca2 tertentu sesuatu penyakit. Secara logiknya begini. Ada seorang lelaki yg pergi berperang. Dari segi zahirnya, apabila dia mati, org ramai akan mengatakan dia syahid. Ttp bila dibuat bedah siasat, didapati dia mati bukan kerana peperangan tersebut, ttp kerana racun yg diminumnya utk membunuh diri. Adakah setelah dilakukan bedah siasat tersebut, kita akan tetap mengatakan dianya mati syahid. (sekadar contoh walaupn takde org buat bedah siasat kat mayat askar perang)

Utk menjawab persoalan sdr kita kembali kpd definisi haid itu.

Haid bermaksud darah yang keluar dari kemaluan wanita sewaktu sihat bukan disebabkan kerana melahirkan atau luka. Maka berdasarkan pemeriksaan doktor, tidaklah boleh dikatakan ianya darah haid. WA

Wassalam

fikih sunnah
Sheikh Sayyid Sabiq
_______________
Salam

Dari sains, darah haid itu adalah ovum yang tidak disenyawakan melekat pada dinding rahim lalu gugur ia sebagai darah. Setiap bulan, wanita secara umumnya akan mengalami process ovulasi. Sehinggalah berlaku persenyawaan sperma dan ovum.

Jadi apabila perempuan hamil, ovarinya tidak menghasilkan ovum ataupun process ovulasi terhenti. So, darah yang keluar itu bukan darah haid tetapi disebabkan perkara lain spt penyakit dsb (istihadhah).

Wassalam
_________________
Wassalam
Tahqeeqan
Jawapan dua Ustaz kami adalah memadai.
Dalam urusan Fiqh Kedoktoran (Tibbiyah), maka keputusan doktor yg amanah dan ahli adalah dapat membantu Fiqh harian kita. 

Tempoh Istihadah

 Salam

Andainya seseorang itu mengalami istihadzah... berapa lamakah tempoh (bil hari) baginya untuk menentukan dirinya bukan lagi istihadah? Andainya darah sentiasa mengalir, mungkin utk tempoh sebulan, bagaimanakah dia ingin menentukan yg darah itu adalah haidh?




----------------
Wassalam

Jawab:

Istihadzah ialah perdarahan terus-menerus melebihi hari-hari biasa haidh (period) (Imam Ibn Hajar Asqalani/Fathul bari hadis no 228)
Imam Nawawi (Syarh Nawawi 'ala Muslim 2/255), alMajmoo': 2/538), istihadzah ialah perdarahan dari urat lantaran penyakit.

Mengikut sains perubatan (Current Medical Diagnosis & treatment, 1982, 428) istihadzah ialah abnormal uterine bleeding samada jenis menorraghia (pendarahan berpanjangan) atau metrorraghia (perdarahan antara dua period haidh)

Apa yg anda khabarkan itu pada hemat kami ialah hypermenorrhea (perdarahan berpanjangan yg kronik). Maka inilah tekniknya:
HR Abu Daud (Sunan: 1/78/# 304) dari Fatimah bte Abu Hubaisy ra, "[sabda] Jika haidh datang, darahnya dikenali dgn warna kehitaman dan hentilah solat. Jika warnanya selain itu, maka berwudhu dan solatlah." (Albani, sahih Sunan Abu Daud/# 263)

Jika dia keliru dgn tempoh periodnya, andaikan 6-7 hari, maka hari2 perdarahan yg lain itu dianggap istihadzah.

Dalilnya: dari Hamnah bte Jahsy di mana Nabi saw berfatwa supaya dia mengandaikan periodnya 6-7 hari dan hari2 yg lain itu adalah istihadzah dan dikehendaki solat dan puasa.(Albani, alIrwa' alGhaleel: no 188)

Keperluan maksima: ialah mandi setiap kali utk solat
keperluan minima: memadai dengan berwudhu' sahaja (Albani, Sahih Sunan Abu Daud, No 268)

Wanita yg istihadzah boleh pula menjama'kan solatnya mengikut Fiqh Imam Ahmad Ibn Hanbal (Fiqh Sunnah). WA 

Tidak Menyadari Istihadah

 Salam


Bagaimana andainya ketika satu waktu, saya didatangi haid, lalu saya meninggalkan solat; tetapi setelah 5 hari didatangi (saya bertanya ustazah), ustazah menyatakan itu bukan haid yg sebenarnya, ia adalah istihadah, kerana ia sebenarnya belum mencukupi waktu suci saya. Bagaimana dgn solat yg telah saya tinggalkan... adakah sah andainya saya mengqada'kan semua solat saya yg telah ditinggalkan itu..?
Bagaimanakah kaifiat mengqada'kan solat..?

terima kasih




-----------
Wassalam

Jawab:

Mana mungkin seorang wanita tidak tahu apakah itu haidh dan apakah itu Istihadzah? Ini adalah ilmu yg badihi (basic) bagi wanita. Dia tidak boleh sentiasa tertanya-tanya apakah ini haidh dan apakah ini darah istihadhah. Dia juga dikehendaki menemui pakar sakit puan.
kami tidak dapat membantu anda kerana maklumat yg terlalu sedikit. Kami tidak tahu pattern haidh anda dan apakah cik/puan ada mengalami gangguan haidh spt haidh yg tidak konsisten (awal atau lewat bulan) atau haidh yg diselangi darah istihadzah. Apakah ini period yg pertama kali (bagi anak gadis sunti) dsbnya. WA 

Haid Tidak Teratur dan Tidak Hamil

 Sebenarnya saya mempunyai masalah kedatangan haid yg tidak teratur.. lebih kurang 3 – 4 tahun saya tidak didatangi haid.. lama bukan… saya pernah ke hospital dan klinik untuk menyelesaikan masalah ni.. selepas ke hulu ke hilir di hospital.. saya diberi pil dimana bila saya makan pil tu.. baru saya datang haid.. habis ubat.. dah tak keluar lagi.. saya sekali lagi buat pemeriksaan di hospital lain.. saya sekali lagi diberi pil yg lain.. doctor suspek saya hyper tension.. siap CT scan lagi.. utk apa.. saya tak tau.. yg saya pelik.. bila saya makan pil tu.. kepala ni macam nak pecah.. x boleh bangun.. last2 saya buang pil tu.. then saya ke klinik.. tapi doctor kata.. perkara biasa… so.. saya rasa macam dah putus harap nak berubat lagi.. kini lepas kawin saya rasa bende ni penting utk saya hamil nanti…


Kini, lepas 3 bulan saya tiada tanda2 yg positif utk saya hamil.. kecewa jugak.. macam mane saya nak buat ek.. tolong saya.. saya ada soalan:

1. sekiranya selepas perhubungan seks.. suami saya buang mani die kat dalam.. kemana perginya mani, sekiranya ovum saya tidak dapat mensenyawakan sperm tu.. ada kah ia berkait rapat dengan darah haid yg biasa dialami oleh wanita biasa.




---------
Jawab:

Setelah kami meneliti masalah ini, kami dapati puan bukanlah berhajatkan hukum-hakam fiqih tapi mahukan penjelasan dari sudut sains perubatan mengenai fungsi Haidh dan efeknya pada kesuburan perempuan. Walaupun kami mampu menjelaskan dengan membuka jurnal perubatan, tapi ada baiknya puan mendapatkan penerangan dari doktor sakit puan yg memberikan preskripsi atau dapatkan doktor pakar lain yg puan yakini. Dari kajian kami, memang benar haidh yg normal itulah yg menghasilkan hormone Estrogen dan kemudian Progesteron. Kalau puan lihat istilahnya pun dah semakin teknikal, maka doktor yg merawat puan adalah tempat rujukan yg sebaiknya. Janganlah malu utk bertanya kepada doktor, dapatkan penjelasan terperinci dari beliau.

kami di Ahkam lebih bersedia membantu dari sudut hukum-hakam fiqih dan tidak gemar mencampuri suatu bidang yg mana lebih baik pakar sendiri yg menjelaskannya. WA 

Mandi Wajib Khusus Untuk Wanita

 Salam

Terdapat hadis nabi berkenaan mandi wajib untuk wanita; berbunyi:

Disampaikan oleh Ummu Salamah r.a. yg bermaksud:
Bahawa seorang wanita bertanya kpd Rasullulah SAW : Jalinan rambutku amat ketat, haruskah rambutku dihuraikan apabila aku hendak mandi junub ? 

Jawab Rasulullah : "Cukuplah engkau tuangkan ke atasnya air sebanyak 3 kali, kemudian disirami air ke seluruh tubuhmu. Dengan demikian beerti engkau telah suci"
( HR: Ahmad, Muslim dan Tarmizi)

Soalannya; apakah huraian maksud hadis ini ?
Adakah memadai perempuan hanya mencerus air 3 kali di rambutnya sudah mencukupi ?
Adakah khusus untuk yg berambut panjang sahaja ?




-------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Hanania dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Anggota mandi adalah keseluruhan badan. Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi Syeikh Ibn Utsaimin rh:

يجب إيصال الماء في الغسل من الجنابة إلى ما تحت الشعر ولو كان كثيفا

"adalah wajib menyampaikan Air didalam mandi dari Janabah sehingga kebawah rambut walaupun ianya tebal" [Sharh Buloogh al-Maraam].

Akan tetapi, berdasarkan hadith Ummu Salamah ra., terdapat kelonggaran kepada wanita yang mempunyai kesukaran dengannya. Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.(bekas Mufti Besar Saudi sebelum Ibn Utsaimin) berkata :-

فعليه يرشد النساء اللاتي يتحرجن من غسل رءوسهن في الجنابة بأنه يكفيهن أن يحثين على رءوسهن ثلاث حثيات من الماء حتى يعمه الماء من غير حاجة إلى نقض ولا تغيير شيء من الزي الذي يشق عليهن تغييره ، مع بيان ما لهن عند الله من الأجر العظيم والعاقبة الحميدة والحياة الطيبة الكريمة الدائمة في دار الكرامة إذا صبرن على أحكام الشريعة وتمسكن بها

"Berdasarkan ini (hadith Ummu Salamah ra.), wanita yang mendapat sukar untuk membasuh kepada apabila melakukan mandi dari Janabah hendak diberitahu kepada mereka bahawa adalah mencukupi untuk mereka menyiram kepala mereka 3 kali agar air tersebut sampai kepada keseluruhan rambut, tanpa mereka membuka ikatan atau menukar style rambut yang agak sukar diubah. Mereka juga hendaklah diberitahu bahawa ganjaran yang besar mereka akan terima dari Allah swt dan balasan yang baik dan kehidupan yang baik yang akan mereka nikmati di Syurga jika mereka bersabar terhadap hukum-hukum syariah dan berpegang dengannya" [Majmu' Fatawa wa Maqalat Li Al-Syiekh Ibn Baaz, 6/237].

Bagi mereka yang tidak menghadapi kesukaran, pastikan air sampai di bawah rambut (kulit kepala). 3 kali siraman sudah mencukupi jika air meliputi keseluruhan rambut & kepala, jika tidak, tambahkan sahaja jumlah siraman dan terus menyiram kepada keseluruhan anggota badan. WA.

wassalam

Hukum Mandi Bogel

 Apakah hukum mandi bogel, ada tak , dalil quran dan hadis melarangnya?

 


-----

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan budak-budak dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Mandi bogel di tempat yang tertutup pada hukumnya tidak dilarang didalam Islam.

a. al-Hafiz Ibn Hajar Asqalani menjelaskan bahawa ulama' mengambil hadith Sahih Bukhari #3404 dan Muslim #339 yang menunjukkan Nabi Musa as. dilihat oleh kanak-kanak Yahudi dalam keadaan tidak berpakaian selepas mandi menunjukkan bahawa dibenarkan seseorang itu mandi dalam keadaan berbogel [Fath al-Bari, 1/385].

Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan. Jelas beliau :-

وقد قدمنا في الباب السابق أنه يجوز كشف العورة في موضع الحاجة في الخلوة وذلك كحالة الاغتسال وحال البول ومعاشرة الزوجة ونحو ذلك فهذا كله جائز فيه التكشف في الخلوة ، وأما بحضرة الناس : فيحرم كشف العورة في كل ذلك

"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].

b. Terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

c. Tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sekian, wassalam
______

tambahan :

Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Thaharah, ms. 252) adalah mustahab (digalakkan) menutup walaupun bersendirian. Nabi saw bersabda :
فاالله أحق أن يستحيى منه من الناس
"Allah lebih berhak seseorang itu malu padanya daripada manusia" [Hadith Riwayat Abu Daud, Kitab al-Hamaam #4017, Tirmudzi didalam Bab Adab, #2670]. 

Bersentuh Kulit Suami Isteri

 Assalamualaikum, Soalan saya adalah


1. Kenapakah kita diboleh mengamal ajaran mazhab selain daripada Shafei dalam hal-hal tertentu seperti kaedah pembayaran zakat tetepi tidak dalam isu terbatal wuduk bila suami isteri tersentuh kulit. Jika difikir logik akal, lelaki dan perempuan bukan muhrim bila tersentuh kulit adalah haram. Setelah berkahwin barulah halal bersentuh kulit, tetapi bila tersentuh kulit batal wuduknya. Setelah sekian tinggi meletak keharaman tersentuhan kulit semasa bukan muhrim tiba-tiba masih batal lagi wuduk setelah sebagai suami isteri. Dalam dunia yang memerlukan suami isteri yang berkerja dan sama-sama mengurus anak dan makan bersama adalah tinggi kebarangkaliannya tersentuhan kulit. Kenapa kita tidak menggunakan amalan mazhab lain. Saya difahamkan kita boleh mengatasi masalah ini dengan mengambil wuduk cara mazhab lain dari awal hingga akhir dengan kefahaman yang jelas, barulah wuduk tidak batal antara suami isteri. Amat perlukan jawapan.

2. Hadis Nabi Muhamad SAW ada berfirman yang lebih kurang ertinya; kewujudan mazhab itu adalah satu rahmat kepada umat aku. Di manakah rahmat itu kalau kita terlalu taksub dengan satu-satu mazhab sahaja.

3. Saya ada membaca satu hadis dimana Siti Aishah ada menyentuh Nabi SAW semasa baginda solat (atau keadaan sebaliknya) dan Nabi SAW terus solat. Hadis ini telah disahkan oleh Tarmidzi. Saya boleh senaraikan nama buku ini jika perlu. Di manakah perlu kita dahulukan, berpegang kepada Al-Quran & hadis atau kefahaman mazhab tertentu.

4. Saya juga ada mendengar yang terdapat perbezaan tafsiran mengenai mazhab shafie dengan yang lain dalam satu hadis Nabi SAW bila ada satu hadis menyebut terbatal wuduk seorang lelaki bila tersentuh kulit perempuan. Di mana m. shafei mentafsirkan "straight forward" sentuhan itu sebagai tersentuh biasa, manakala mazhab lain mentafsirkan sentuhan itu adalah bermaksud bersetubuh. Saya lebih bersetuju dengan mazhab lain.

5. Saya amat ingin mempelajari amalan wuduk mazhab lain di mana tersentuhan kulit suami isteri tidak batal wuduk dan dalam keadaan tidak menimbulkan fitnah di mana orang Melayu Islam Malaysia rata-rata mengamalkan m. shafie. Bagaimanakah caranya.

Sekian terima kasih.
---------


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
1. Kenapakah kita diboleh mengamal ajaran mazhab selain daripada Shafei dalam hal-hal tertentu seperti kaedah pembayaran zakat tetepi tidak dalam isu terbatal wuduk bila suami isteri tersentuh kulit.


bagi sesiapa sahaja yang bersikap insaf, tidak akan taksub dengan pegangan mazhabnya dalam apa jua masalah feqah, baik solat, zakat dll. Bertolak ansur dalam masalah zakat dan berkeras dalam masalah wudhuk menunjukkan ketidak-konsistenan dalam pegangan dan manhaj.

Quote:

Jika difikir logik akal, lelaki dan perempuan bukan muhrim bila tersentuh kulit adalah haram. Setelah berkahwin barulah halal bersentuh kulit, tetapi bila tersentuh kulit batal wuduknya. Setelah sekian tinggi meletak keharaman tersentuhan kulit semasa bukan muhrim tiba-tiba masih batal lagi wuduk setelah sebagai suami isteri. Dalam dunia yang memerlukan suami isteri yang berkerja dan sama-sama mengurus anak dan makan bersama adalah tinggi kebarangkaliannya tersentuhan kulit. Kenapa kita tidak menggunakan amalan mazhab lain.


Apa yg disebut di atas, bolehlah sekadar dijadikan murajjihat (penguat) kepada pendapat yg tidak membatalkan wudhuk. Manakala yg diambil kira sebagai dalil syarak ialah nas2 daripada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Quote:

Saya difahamkan kita boleh mengatasi masalah ini dengan mengambil wuduk cara mazhab lain dari awal hingga akhir dengan kefahaman yang jelas, barulah wuduk tidak batal antara suami isteri. Amat perlukan jawapan.


Apa yg anda sebut, bertitik tolak daripada satu point iaitu: tidak boleh TALFIQ dalam mengikut mazhab. Iaitu, menggabungkan antara beberapa pendapat berbeza dalam sesuatu permasalahan, yg akhirnya melahirkan satu bentuk amalan yg tidak pernah dibuat oleh mujtahideen.
Ada sesetengah ulama memberi contoh: dalam bab wudhuk, seseorang itu menyapu sebahagian kepala, sbb ikut mazhab syafie, kemudian selepas itu menyentuh wanita ajnabi tanpa membatalkan wudhuk kerana ikut mazhab hanafi.

Walaubagaimanapun, -Wallahu a'lam- maksud TALFIQ yg dilarang ialah: menggabungkan 2 pendapat itu dalam SATU MASALAH yg ada dua cabang yang berkaitan.

rujuk: Ketetapan Majmak Feqah Islami no 70 (1/8), yg dibuat dalam muktamar pada 21/10/1425H.

Sedangkan, dalam masalah yg disebutkan tadi, ia adalah DUA MASALAH BERLAINAN. Perihal rukun wudhuk satu masalah, dan perihal yg membatalkan wudhuk ialah satu masalah lain.
_________________

Quote:

2. Hadis Nabi Muhamad SAW ada berfirman yang lebih kurang ertinya; kewujudan mazhab itu adalah satu rahmat kepada umat aku. Di manakah rahmat itu kalau kita terlalu taksub dengan satu-satu mazhab sahaja.


Hadis dengan lafaz: "Perselisihan umatku adalah rahmat".
Hadis ini TIDAK SABIT daripada Nabi SAW sebagaimana dijelaskan dalam Al-laali al-Manthurah m/s 64, Maqasid Hasanah m/s 49, Kasyful Khafa' 1/66, Silsilah Dhaifah 1/76.

Dan taksub terhadap satu2 mazhab, adalah suatu yg tercela. Dan semua imam2 mazhab berlepas diri dari pengikut2 yg taksub.

Quote:

3. Saya ada membaca satu hadis dimana Siti Aishah ada menyentuh Nabi SAW semasa baginda solat (atau keadaan sebaliknya) dan Nabi SAW terus solat. Hadis ini telah disahkan oleh Tarmidzi. Saya boleh senaraikan nama buku ini jika perlu. Di manakah perlu kita dahulukan, berpegang kepada Al-Quran & hadis atau kefahaman mazhab tertentu.


Hadis di atas diriwayatkan dalam Sahih Muslim (no: 486).

Sebagai seorang pengikut ummat Muhammad SAW, apabila kita berhadapan dengan 2 pendapat, dan nyata lagi terang kepada kita bahawa pendapat mazhab lain disokong oleh dalil yg sahih, manakala mazhab kita tidak disokong oleh dalil yg kuat, maka hendaklah kita tunduk kepada dalil.

Kata Imam Syafie: "Apabila sahih sesuatu hadis maka itulah mazhabku".

Quote:

4. Saya juga ada mendengar yang terdapat perbezaan tafsiran mengenai mazhab shafie dengan yang lain dalam satu hadis Nabi SAW bila ada satu hadis menyebut terbatal wuduk seorang lelaki bila tersentuh kulit perempuan. Di mana m. shafei mentafsirkan "straight forward" sentuhan itu sebagai tersentuh biasa, manakala mazhab lain mentafsirkan sentuhan itu adalah bermaksud bersetubuh. Saya lebih bersetuju dengan mazhab lain.


Mungkin anda merujuk kepada ayat al-Quran, iaitu ayat Wudhuk Surah al-Maidah ayat 6:
أو لامستم النساء
ertinya: Ataupun kamu menyentuhi perempuan.

mazhab syafie tafsirkan sentuhan kulit dengan kulit, manakala jumhur tafsirkan makna majazi, iaitu jimak.
Setelah diteliti kajian2 ulama, didapati tafsiran jumhur (jimak) lebih kuat kerana;
-Ia tafsiran ibn Abbas r.a. yg digelar Turjuman al-Quran. rujuk Tafsir Ibn Kathir 2/932.
Kata Ibn Abbas: “Sesungguhnya Allah Taala bersifat malu dan mulia. Ia menggunakan kalimah ‘menyentuh’ sebagai kinayah bagi perbuatan bersetubuh". rujuk Tafsir Thabari 7/65.

-Ia juga tafsiran Ali , Ubai bin Kaab, Mujahid, Thawus, Hasan, Ubaid bin Umair, Said bin Jubair, Al-Sya’bi, Qatadah, Muqatil bin Hayyan dan lain-lain. lihat Tafsir Ibn Kathir.

-Ia disokong oleh ulama lughah (bahasa) seperti Fairuz Abadi dalam Qamus al-Muhith 1/785, Ibn Manzur dalam Lisanul arab 2/209, dan al-Jauhari dalam Sihah 2/821.

Quote:

5. Saya amat ingin mempelajari amalan wuduk mazhab lain di mana tersentuhan kulit suami isteri tidak batal wuduk dan dalam keadaan tidak menimbulkan fitnah di mana orang Melayu Islam Malaysia rata-rata mengamalkan m. shafie. Bagaimanakah caranya.


Berkenaan dengan persoalan: Perlukah anda berwudhuk dengan cara hanafi kerana mahu berpegang dengan mazhab Hanafi dalam bab tidak membatalkan wudhuk dengan menyentuh wanita?
jawapan;

-Tidak mengapa anda berwudhuk dengan cara biasa yg anda yakin itu adalah wudhuk yg sah.
-Sebaiknya anda wudhuklah dengan wudhuk yg sempurna yg tidak ada khilaf di kalangan ulama.
-Jika anda berwudhuk dengan mazhab lain, contohnya hanafi yg tidak mewajibkan tertib dan tidak mewajibkan niat, anda akan masuk dalam permasalahan lain pula, yg akhirnya kembali kepada persoalan yg sama.

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...