Sunday, September 13, 2020

Iddah Kematian Suami

 salam..


saya ada kemuskilan mengenai edah bagi seorang isteri yang telah kematian suami.. adakah si isteri diharamkan keluar dari rumah selama tempuh tersebut sama seperti isteri yg diceraikan suami?
jika ya, adakah ia secara mutlak atau ada kelonggaran syarak dan setakat mana ruang linkupnya..

sekian..

*********************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Iddah bagi wanita yang kematian suaminya adalah selama 4 bulan 10 hari sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw :

“Tidak halal kepada wanita yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat berkabung untuk sesuatu kematian lebih daripada 3 hari kecuali bagi wanita yang kematian suaminya.Dia hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari.”

(Hadis Sahih riwayat Ahmad : 6/327 dan al-baihaqi dalam al-Kubra : 7/438)

Sepanjang tempoh tersebut wanita tersebut tidak boleh memakai bau-bauan dan barang perhiasan, malahan wajib ke atasnya untuk terus menetap di tempat yang disediakan oleh suaminya (rumah kediaman) sehingga berakhir ‘iddahnya dan tidak perlu ia berpindah ke rumah kaum keluarganya.Ia juga tidak boleh keluar dari rumah tersebut melainkan dharurat sahaja.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah , ayat 234 :

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

WA

No comments:

Post a Comment

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...