Monday, September 14, 2020

Status Nikah Wanita Yang Tiada Dara

 Apa hukum nya jika perempuan itu yg tidak dara lagi tentang soal keputusan untuk kawin ? ada kah keputusan kawin itu masih di tangan nya kerana tidak dara lagi sama seperti Janda, atau keputusan itu di tangan nya mengikut hukum islam?


*************
thtl
Founder

al-Jawab:

perempuan hilang dara ada dua hukum:

Ia isu khilafiah kerana nas-nasnya adalah kabur.

1. hilang dara yg bukan disengajakan, misalnya aktif bersukan, tercucuk jari sendiri, rawatan perubatan atau kerasnya darah haidh. Jumhur menetapkan perempuan ini masih dlm hukum perawan

2. hilang dara kerana perzinaan, menurut Syafi'iy dan Hanbali, sebahagian Hanafiah (Abu Yusof), ia hilang status dara dan menjadi janda.

Pendapat Imam Abu hanifah, ia masih berstatus dara jika perzinaannya tidak diketahui umum, menjadi janda jika ia diketahui umum atau dikenakan hukum hadd. Malikiah, ia tetap berstatus dara.

Pendapat yang rajih menurut Majlis /Rumah Fatwa Mesir ialah madzhab Hanafi
[Ref: Imam arRimli, Nihayah al-Muhtaj (4/225)

sekian

****************
Tiada Dara Malam Pertama

Soalan: Apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika dia mendapati pada malam perkahwinan bahawa isterinya tidak dara kerana tiada darah.

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah

Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam tidak menyatakan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga sukar dikenalpasti. Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian. Apatah lagi mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.

Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.

Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.

ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ

“Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”

(Sûrah al-Nisâ’: 34)

Sumber : dialihbahasa dari islamtoday.com

Dipetik dari fiqhmedic.wordpress.co...m-pertama/

No comments:

Post a Comment

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...