Assalamualaikum ustaz.
Saya mempunyai kemusykilan mengenai talak. Kawan baik saya telah terlepas cakap kepada isterinya semasa marah. Dia katakan “akan jatuh talak awak jika saya menghubungi dia (kawan perempuannya)”.Persoalannya:
1. Jatuhkah talak jika suami itu menghubungi kawan perempuanya itu?
2. Adakah dia boleh menarik semula kata-katanya supaya tidak jatuh talak jika dia hubungi kawannya itu?
3. Jika boleh, bagaimna caranya?
4. Jika kawan perempuannya yang menghubungi dia adakah kata-katanya ini terpakai dalam hukum?
5. Bolehkah dia berjumpa kawannya itu sebab dia cuma mengatakan menghubungi sahaja?
***********************
Ust Alamghiri Alfikrah.net
Salam..
Dalam keadaan marah (terlalu beremosi), lafaz talak tersebut tidak dikira. Maka ia tidak jatuh secara umumnya.
Insya Allah boleh baca di dalam Nail al-Authar - al-Syaukani atau Fiqh al-Sunnah karya Sayyid Sabiq.
Hadisnya sebut:
وعن عائشة قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لا طلاق ، ولا عتاق في إغلاق } رواه أحمد وأبو داود وابن ماجه
Daripada Aisyah yang menceriatakan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak jatuh talak, tidak merdeka hamba dalam keadaan tertutup (terlalu beremosi) - riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah.Dalam hal seseorang yang sedang 'tertutup akal fikirannya' ketika itu dan ulama menyatkan al-Ighlaq dalam hal ini bermaksud marah, dipaksa, mental dan sama sepertinya yang tidak ada yang mampu mengawal sikap tersebut kecuali dirinya sendiri.
Jadi sebahagian ulama mengatakan hal tersebut termasuk juga dalam keadaan terlalu marah dan tidak mampu mengawal kemarahannya, maka apa yang dinyatakannya kepada isterinya ketika itu, tidak boleh diambil kira.
Ulama juga membahagikan kepada tiga peringkat marah:
1- Marah sampai hilang akal. Baling kerusi meja, menjerit terlolong sampai mengganggu jiran dan sebagainya. Ini tidak jatuh talak. Sebab akalnya tidak berfungsi dengan baik.
2- Kemarahan tidak terkawal tapi tidak terlalu emosi. Marah dengan penyesalan dan sebagainya. Jatuh talak ketika ini. Mungkin yang di atas tadi dalam kategori ini.
3- Marah biasa yang terkawal dan mempunyai niat. Maka jatuh talaknya.
Wallahu a'lam.
_________________
Fikri Alamghiri
Tasfiyah wa Tarbiyah
No comments:
Post a Comment