Thursday, September 10, 2020

Kedudukan Isteri Bapa Saudara

 Bagaimanakah kedudukan isteri bapa saudara dalam Islam;

1. Adakah membatalkan air sembahyang jika bersetuhan?
2. Bolehkah dinikahi jika ia telah bercerai dengan bapa saudara? :confused:


Wassalam

Jawab:

1. Tidak batal kerana menyentuh perempuan jika tidak disertai rasa syahwat. Inilah pendapat yg rajih. (kita telah membahaskan sebelum ini, browse archive)

2. Isteri bapa saudara adalah haram dinikahi. Dalil:
"janganlah kamu menikahi wanita2 yg pernah dinikahi oleh bapa-bapa kamu.." AQ 4:22 terjemahnya
Bapa saudara ('am) itu dianggap spt bapa juga dan merupakan kerabat terdekat. (Dr Fu'ad Wafa: alMuharramat min anNisaa') WA

No comments:

Post a Comment

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...