Thursday, September 10, 2020

Menikah Secara Rahsia Kerana Masih Belajar

 Saya pelajar kolej matrikulasi, kekasih saya menuntut di sebuah universiti swasta, utk mengelakkan maksiat kami bercadang utk berkahwin awal. kami bercadang utk berkahwin di Kuala Lumpur. masalahnya kami mahu merahsiakan pernikahan kami kerana saya pasti keluarga akan menentang hasrat kami. oleh itu bolehkah jika saya menggunakan wali hakim, adakah tindakan seperti ini dibenarkan di malaysia?tolonglah, kami lakukan ini semua utk mengelakkan maksiat. saya harap masalah saya ini dapat diselesaikan segera. thanks.. [color:black] [/color]


Salam

Bersabarlah wahai orang muda. Ingatlah betul2 akan hadis alJama'ah dari Ibn Mas'ood ra," Wahai pemuda, bila di antara kamu yg mampu, maka hendaklah ia kahwin supaya terpelihara mata dan kemaluannya. Jika ia tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu perisai."

Kami nasihatkan sebelum anda melalui tribulasi wali hakim dan penentangan keluarga, maka penuhilah bahagian kedua hadis itu...banyakkan taqwa dan salah satunya dgn berpuasa.

Kami memahami dugaan yg anda hadapi, tapi perjalanan anda begitu panjang, selepas Matrikulasi, zaman universiti pula, kemudian kerjaya, maka selepas itulah anda betul-batul mampu dan bersedia. WA

No comments:

Post a Comment

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...