Sunday, September 13, 2020

Nafkah Keluarga dan Masalah Dengan Mertua

 saya ingin bertanyakan berkenaan dgn beberapa perkara berkaitan dgn tangggungjawab suami kpd isteri dan ibu bapa.


1. bagaimanakah atau apakah cth situasi yg menunjukkan si suami melebihkan isteri drp ibu bapanya sendiri?

2. Adakah dgn memmbeli barang utk isteri cth seperti komputer, baju dll dikatakan melebihkan isteri dr ibu dan adakah ia di kira anak derhaka krn membuatkan si ibu berkecil hati apabila anak lelakinya membeli barang utk si isteri.

3. bagaimana pula ttg nafqah yg sepatutnya diberikan oleh suami kpd isteri dlm aspek kewangan. adakah duit bulanan itu dikira wajib atau cuma ssekadar saguhati di mana suami boleh memilih samada ingin memberi atau tidak. Cthnya si isteri tidak bekerja. adakah cukup dgn sisuami menyediakan tempat tinggal, makanan tanpa memberikan duit poket kpd si isteri utk si isteri membeli apa-apa barang keperluan.

*****************************
zain-ys
Founder
Salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Saya tidaklah perlu menjawab satu persatu secara khusus permasalahan yang dihadapi oleh puan. Ada baiknya saya mengemukakan garis panduan umum utk dijadikan pedoman.

Sering terjadi masalah hubungan 3 hala: Suami, isteri & ibu si suami. Kalau suami cuba memberi layanan yang baik kepada si isteri, ibunya akan merasa sempit dadanya. Kadangkala terjadi juga, apabila suami menunaikan hak ibunya, si isteri pula yang merasa sempit dadanya. Si ibu merasa tidak redha selagi anaknya tidak menyakiti hati anak menantunya. Begitulah seterusnya..

Si suami merasa serba salah. Ibu atau isteri? Ibu ada hak yang perlu ditunaikan. Kata-katanya perlu didengari. Syurga di bawah telapak kakinya. Si isteri pula teman hidupnya. Ibu kepada anak-anaknya. Ada hak-hak yang perlu ditunaikan. Isteri wajib dilayan dengan baik. Perlu diberi keperluan hidup yang secukupnya sekadar kemampuan. (Ruj: Al-Nisaa': 19, al-Baqarah: 229, al-Nisaa':21)

Kedua-duanya tidak boleh disakiti. Baik si ibu. Baik si isteri.

Dalam masalah ini, perlunya masing-masing pihak bertaqwa kepada Allah. Agar dengannya, masing-masing tidak mengganggu orang lain dari menunaikan haknya kepada yang berhak. Dan tidak menghalang orang lain dari menerima hak yg sewajarnya.

Si ibu perlu bertaqwa kepada Allah. Dia tidak boleh mengganggu anaknya dari menunaikan hak kepada isterinya. Menghalang anak dari perkara ini adalah salah. Dia juga tidak boleh menjebakkan anaknya sendiri ke dalam jurang derhaka kepadanya. Apabila anaknya memberi keperluan hidup kepada isterinya atau memberi sedikit kesenangan sekadar yg termampu, itu bukanlah kerana mahu menyakiti hatinya atau menderhaka kepadanya. Sepatutnya dia merasa gembira kerana anaknya adalah anak yg baik dan bertanggungjawab terhadap isterinya.

Si isteri, mempunyai tanggungjawab melayan ibu kepada suaminya dengan sebaik-baik layanan. Ibu suaminya adalah ibunya juga. Itu adalah salah satu dari tanggungjawab isteri kepada suaminya, iaitu melayan ibunya seperti ibu sendiri.

Bagaimana buruk dan tidak baik sekalipun tingkah lakunya, dia adalah ibu suaminya. Bila berlaku perselisihan dengannya, bersabarlah. Di samping itu berusahalah dengan cara hikmah dan bijaksana agar si ibu mertua itu insaf dan sedar akan tanggungjawabnya.

Sekian, semoga bermanfaat..
Wassalam

zain y.s

No comments:

Post a Comment

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...