Assalamualaikum Ustaz,
Apakah hukumnya bagi seorang wanita/isteri meransang dirinya sendiri menggunakan jari (bermain dengan biji / memasukkan ke dalam faraj) sebelum atau semasa berjimak dengan suami? :o
Wassalam
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara AhmadAlbab20 yang mengemukakan soalan di atas .
Hidup berumah-tangga adalah satu seni
Seni yang indah lagi penting diperhalusi
Amat sedikit orang yang mengetahui akan seni itu
Lalu timbullah berbagai masalah kerana tidak mengetahui seni itu
Bukan itu sahaja , malahan kejahilan mengenai ibadah ini menyebabkan rumah-tangga porak-peranda
Rumah-tangga goyang , Suami – Isteri berperang , Anak-anak meraung
Itu di antara gambaran dan realiti kehidupan berumah – tangga .
Kembali kita kepada soalan di atas .
Jika si isteri melakukan hal tersebut ( bermain-main dengan “ biji kelintitnya “ / clitoris ataupun memasukkan jarinya ke dalam farajnya / vagina ) dengan tujuan untuk menggembirakan suami , maka perkara itu TIDAKLAH DILARANG di dalam Islam .
Dan dari satu segi , perbuatan ini SANGATLAH BAIK bagi suami yang menghadapi masalah “ cepat kalah “ ( premature ejaculation ) ataupun dikenali sebagai “ Lemah Tenaga Batin “ , agar suami dan isteri mencapai “ kenikmatan “ bersama apabila mencapai klimaks .
Yang menjadi masalah ialah apabila suami “ cepat kalah “ dan selepas dia merasa klimaks , dia pun meninggalkan isterinya yang masih belum berasa puas . Dan kalau dibiarkan hal ini , tidak mustahil rumah-tangga akan menjadi berantakan , lebih-lebih lagi jika si isteri pun mempunyai “ nafsu yang agak kuat “ .
Tidak hairanlah orang-orang tua selalu berpesan kepada anak-anak muda yang hendak berkahwin / sudah berkahwin : “ Makan sama – sama , tapi jangan pula engkau basuh tangan dulu ya ! “ .
Si suami juga haruslah mempelajari “ Seni Bermesra “ ( Fannul Muda’abah / Sensual Play / Foreplay ) , kerana itu sendiri merupakan sunnah dan contoh daripada Baginda Rasulullah s.a.w apabila “ mendatangi “ salah – seorang isteri-isterinya .
Si isteri tadi , apabila melakukan hal tersebut demi menggembirakan hati suaminya , maka sudah tentu ia mendapat pahala , dan “ permainan “ itu tadi bukan sekadar “ permainan biasa “ akan tetapi dikira pula ibadah di dalam Islam .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ TUHFATUL ‘ARUS AW AZ-ZAWAJ al-ISLAMI as-SAID
Oleh : Al-'Allamah Syeikh Mahmud Mahdi al-Istanbuli ha
{ Lihat Masalah “ Fannul Muda’abah “ dan khasnya masalah hadis yang memerintahkan agar dimulakan jimak itu dengan ciuman dan kata-kata mesra ~ Halaman : 150 }
Terbitan : Al-‘Alamiah Lin Nasyr Wat Tauzie’
2 – HUKUM JIMAK
Oleh : Fadhilah asy-Syeikh Ahmad Bin Sulaiman Kamal Basya rh
Terjemahan : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi rh
Terbitan : Mustafa al-Babi al-Halabi , Kaherah
3 – Penerangan Lisan Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah – Khatib Kem. Waqaf Mesir }
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment