Thursday, September 10, 2020

Menghadiri Pesta Kawin Di Gereja

 Salam


Jika org bukan islam menjemput kita ke majlis perkahwinan nya yang dibuat di gereja, bolehkah kita menghadirinya ? .


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara solid di atas pertanyaannya itu .

[color=blue] Islam tidak melarang seseorang muslim itu untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam selagi mereka tidak menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya . [/color]

Lantaran itulah Allah Ta’ala telah berfirman di dalam ayat 8 dan 9 , Surah al-Mumtahanah :

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Ertinya : [color=blue] “ Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil “ . [/color]

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Ertinya : [color=blue] “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu itu sebagai kawanmu . Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “[/color].

Begitulah prinsip Islam terhadap golongan bukan Islam , iaitu berbaik-baik dengan mereka yang tidak memusuhi Islam dan umatnya dan bersikap tegas dan keras terhadap golongan yang menentang Islam dan umatnya .

[color=blue] Kembali kita kepada topik yang dikemukakan di atas . Semata-mata masuk ke dalam gereja itu , tidak kami temui sebarang larangannya di dalam agama kita ( sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ) . [/color]

Walaupun begitu , ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan bersama , iaitu :

( 1 ) ~ Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَان

Ertinya : [color=blue] “ Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan ( kuasa ) , maka jika cara itu tidak terdaya dilakukannya maka hendaklah dengan menggunakan lisan ( nasihat dan teguran ) , dan kalau tidak mampu juga dengan lisan , maka hendaklah dicegah kemungkaran itu dengan hatinya ( dengan perasaan tidak suka / tidak redha ) , kerana itu adalah selemah-lemah iman “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh , al-Imam Ahmad rh , al-Imam Abu Daud rh dan al-Imam Ibnu Majah rh .

( 2 ) ~ Atsar ( kata-kata sahabat r.a ) :

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ صَنَعْتَ طعَامًا فَدَعَوْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ فَرَأَى فِي الْبَيْتِ تَصَاوِيرَ فَرَجَعَ

Ertinya : [color=blue] Saidina Ali r.a pernah berkata : “ Aku pernah membuat makanan lalu aku menjemput Baginda Rasulullah s.a.w , maka manakala sahaja dia sampai ke rumahku , dilihatnya ada gambar-gambar di dalam rumahku , lalu Baginda s.a.w pun balik “[/color] ~ Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh .

( 3 ) Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi :

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا بِالْخَمْرِ

Ertinya : [color=blue] “ Barang siapa yang benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat , maka janganlah sekali-kali di dalam satu majlis ( hidangan ) yang disediakan arak padanya “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh , al-Imam Nasaie rh , al-Imam at-Tirmidzie rh dan al-Imam al-Hakim rh .

( 4 ) ~ Saidina ‘Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata :

إِنَّا لَا نَدْخُلُ كَنَائِسَكُمْ مِنْ أَجْلِ التَّمَاثِيلِ الَّتِي فِيهَا الصُّوَر

Ertinya : [color=blue] “ Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar “[/color] ~ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab as-Solah .

Mungkin timbul persoalan di benak kita apabila kita menghayati sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan kata-kata para sahabatnya r.a : [color=blue] “ Kalau begitu , bagaimanakah kita hendak menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di gereja , tokong , kuil , walhal sudah pasti di sana diadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan Islam seperti menyembah patung-patung , mengelilingi api , nyanyian-nyanyian keagamaan mereka , adat persandingan , dihidangkan arak dan sebagainya ? , dan bagaimanakah pula kita hendak meneruskan hubungan baik kita dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam ? . “ .

JAWAPANNYA : [/color]

Di sini ada beberapa cara yang Insya-Allah boleh menyelesaikan kemelut itu :

[color=blue] { 1 } ~ [/color] Biasanya , pesta-pesta perkahwinan yang diadakan di dalam rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja . Malahan mereka mengadakan majlis makan-minum – kenduri di rumah-rumah mereka .

Samalah dengan kita selaku orang-orang Islam , kebanyakan kita hanya menjadikan masjid sebagai tempat melakukan upacara Akad Nikah sahaja , tetapi kenduri di rumah-rumah kita , ataupun di balairaya – balairaya dan bagi yang berduit banyak , di hotel-hotel .

Oleh itu , jika kita benar-benar bimbang kita terbabit dengan majlis-majlis yang yang bertentangan dengan Islam , maka kita [color=blue] TANGGUHKANLAH [/color] kehadiran kita ke majlis akad nikah mereka .

Tidak perlulah kita ke gereja ataupun tokong ataupun kuil mereka . Kita Cuma perlu hadir ke rumah-rumah mereka sahaja yang di situlah mereka mengadakan majlis kenduri.

[color=blue] { 2 } ~ [/color] Kalau kita bimbang juga kita dikira “ bersyubahat “ kerana di dalam majlis-majlis kenduri mereka sudah pasti dihidangkan juga makanan dan minuman yang diharamkan kita menikmatinya , maka kita [color=blue] TANGGUHKANLAH [/color] kehadiran kita sehingga selesai majlis itu .

Apabila selesai majlis itu , kita pun melawat rakan kita itu dan memohon maaf di atas kelewatan kita lalu kita pun “ berbasa-basi “ dan menikmati makanan dan minuman yang halal yang masih ada ( kalau tiada pun tidak mengapa , sebab yang lebih penting ialah menjaga hubungan kita dengan dia ) , dan akhirnya kita pun memberinya hadiah sempena perkahwinannya itu .

Bukankah cara kedua ini juga tidak menjadi apa-apa masalah bagi kita dan sekaligus masih boleh menjaga hubungan baik kita dengan dia ? .

[color=blue] { 3 } ~ [/color] Kalau cara kedua “ tak jalan “ . Maka [color=blue] TANGGUHKANLAH [/color] lagi kehadiran kita ke suatu masa yang sesuai . Hubungilah kawan kita itu di hari itu dan katakanlah padanya bahawa kita tidak dapat hadir langsung ke majlis perkahwinannya ataupun rumahnya di hari itu .

Katakanlah juga padanya , bahawa kita akan menziarahinya 2-3 hari selepas itu dengan membawa hadiah perkahwinannya yang lebih cantik dan bagus sebagai GANTI ( qodho ) ketidak-hadiran kita ke majlis perkahwinannya .

Bukankah cara yang ketiga ini juga tidak berat untuk kita lakukan ? . :smirk:

Dan bukankah cara itu juga boleh menyebabkan hubungan kita dengan dia yang tidak beragama Islam itu berterusan dengan baik , sekaligus menyediakan peluang untuk kita berdakwah kepadanya ? . :yess

[color=blue] Umat Islam hendaklah sentiasa “ cerdik “ , “ berhati-hati “ dan juga “ sentiasa berdakwah “ dengan segala kebolehan yang ada !!! . [/color]


Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

No comments:

Post a Comment

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...