Wednesday, September 9, 2020

Nafkah Isteri Menurut Syariat

Salam

Sebagai suami ianya mempunyai t/jawab, terutamanya nafkah zahir dan batin. jadi, apakah maksud sebenar nafkah zahir dan batin ini menurut kaca mata Islam?

Apakah nafkah zahir ini hanya duit shj atau sebagaina?
Apakah nafkah batin in hanya dari hubungan seks shj atau sbgnya?


Wassalam





----------
Jawab:

1. Nafkah mengikut istilah syara' yg sebenarnya merangkumi segala apa yg diperlukan oleh seseorang secara lazimnya spt pakaian, makanan dan tempat tinggal (Sayyid Ahmad asySyarif, al yaqut alNafs, 169; Dr alBugho, Fiqh alManhaji, 399)
Dalam istilah yg mudah, nafkah ialah belanja hidup atau keperluan material. Dalil: AQ:atTalaq: 7

Kadar belanja kepada tanggungan termasuk isteri, anak, ibubapa adalah menurut uruf (adat) Dalil AQ 2: 233

2. Adapun nafkah zahir yg sering disebut oleh kebanyakan orang itu ialah keperluan seksual suami-isteri dan ia merupakan hak bersama. Ia bukan sahaja tertumpu pada seks tetapi merangkumi layanan yg baik dan baik dalam pergaulan dan kehidupan sebagai satu keluarga. Ini memenuhi aspek batiniah keluarga tsb. AQ: 2:223; Fiqh Sunnah 7/88-89. WA 



No comments:

Post a Comment

Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum tuan2 guru.. saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita c...